BERITA TERKINI   Harga petrol RON97 kekal pada kadar RM4.35 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun - MOF | Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun - MOF | ASEAN dan Rusia mampu menyumbang secara bermakna dengan memperkukuh kerjasama praktikal berasaskan saling menghormati, keterbukaan dan kepentingan bersama - PM Anwar | ASEAN dan Rusia mampu pupuk ekonomi global lebih berdaya tahan, inklusif dan makmur dengan membina hubungan lebih kukuh antara perniagaan, institusi dan masyarakat - PM Anwar | ASEAN terus percaya bahawa kemajuan ekonomi adalah paling baik digerakkan menerusi kerjasama dan bukannya konfrontasi, serta libat urus dan bukannya peminggiran - PM Anwar | 

Korporat : Perbankan

Uzbekistan Kukuh Kawal Selia Kewangan Islam Dengan Bantuan Universiti INCEIF

Oleh Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang mengukuhkan rangka kerja kawal selia kewangan Islamnya dengan bantuan pakar dari Universiti INCEIF Malaysia dalam bidang seperti sekuriti sukuk, pelesenan kewangan Islam, tadbir urus Syariah dan ekosistem kawal selia yang komprehensif sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga pembangunan industrinya.

Tinjauan Dapati PMKS Kekal Berdaya Tahan Walaupun Indeks Sentimen Lebih Lemah -- SME Bank

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Tinjauan operasi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal berdaya tahan dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, walaupun bacaan Indeks Sentimen PKS (SSI) yang lebih lemah pada separuh pertama 2026 (S1 2026). 

Pasaran Ekuiti Malaysia Dijangka Meningkat Semula Pada Separuh Kedua 2026 - Affin Hwang

KUALA LUMPUR,16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjangkakan pasaran ekuiti Malaysia akan pulih pada separuh kedua 2026, dipacu oleh harapan terhadap perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Affin Hwang Investment Bank Lancar ELI Bagi Bantu Pelabur Teroka Ketidaktentuan Pasaran

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd hari ini melancarkan Pelaburan Berkaitan Ekuiti (ELI) bagi menyediakan pendedahan tersuai kepada pelabur terhadap pelbagai aset asas sambil menyokong objektif pasaran dan kepelbagaian pulangan risiko di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.  

Yuran Pengeluaran Tunai ATM Antara Bank Dikecualikan Bermula 1 Julai 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) bank tanpa membayar yuran RM1 bermula 1 Julai 2026. 

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.