4hari lalu
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kos pembaikan dan pemulihan bagi infrastruktur berkaitan tenaga susulan konflik di Asia Barat boleh mencecah US$58 billion (US$1 = RM3.96), dengan jumlah bagi kemudahan minyak dan gas berpotensi meningkat sehingga US$50 billion, kata syarikat penyelidikan bebas dan perisikan tenaga, Rystad Energy.
6hari lalu
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Malaysia dan Thailand mengamalkan pendekatan yang berbeza secara asas dalam pengurusan subsidi bahan api, mencerminkan perbezaan keutamaan dasar serta strategi kedua-dua negara dalam mengimbangi kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat ketika berdepan ketidaktentuan harga minyak global.
9hari lalu
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Anak syarikat Petra Energy Bhd, Petra Resources Sdn Bhd memperoleh empat arahan kerja daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.
17hari lalu
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga diesel meningkat lebih pantas berbanding petrol berikutan kekangan struktur bekalan, permintaan industri yang berterusan dan fleksibiliti yang terhad dalam sistem penapisan, kata firma penyelidikan tenaga Rystad Energy.
19hari lalu
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Harga minyak global berkemungkinan kekal tinggi sekiranya konflik di Asia Barat terus meruncing tanpa sebarang gencatan senjata, menurut syarikat perisikan perniagaan dan penyelidikan tenaga bebas Rystad Energy, hari ini.
20hari lalu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Vantris Energy Bhd melonjak kepada RM3.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2026 (TK2026), berbanding RM189.53 juta pada TK2025.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Harga minyak boleh mencecah US$120 (US$1=RM3.93) setong jika pihak berkuasa Iran meneruskan ancaman mereka untuk menyerang lima kemudahan di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Penutupan berterusan Selat Hormuz susulan peningkatan ketegangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menyebabkan inventori minyak negara Teluk menghampiri paras kapasiti maksimum, sekali gus menimbulkan cabaran operasi besar kepada loji penapisan di rantau itu.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd telah memperoleh kontrak untuk kerja-kerja pemasangan elektrik bernilai gabungan berjumlah RM62.5 juta di Singapura melalui anak syarikat tidak langsung miliknya yang 60 peratus, ES Energy Solution Pte Ltd.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Velesto Energy Bhd memulakan langkah penubuhan program Sukuk Wakalah dengan had gabungan sehingga RM1.0 bilion dengan mengemukakan dokumen diperlukan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Harga minyak boleh melonjak ke paras tiga digit sekiranya konflik di Timur Tengah berlarutan, kata firma penyelidikan tenaga global, Rystad Energy.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Rystad Energy menjangkakan kejutan bekalan semasa hanya memberi kesan jangka panjang yang terhad ke atas pasaran gas dan gas asli cecair (LNG) global, walaupun berlaku kenaikan lebih 52 peratus pada penanda aras komoditi itu di Title Transfer Facility, pada 2 Mac, 2026.