1hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Malaysia mahu pengeluar peralatan tulen (OEM) bekerjasama dengan vendor tempatan untuk meningkatkan keseluruhan rantaian bekalan dan ekosistem menerusi dasar kenderaan elektrik (EV) baharu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
1hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia meningkat 1.71 peratus atau 38,900 tan, kepada 2.30 juta tan pada April 2026 daripada 2.27 juta sebulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
1hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- BMI menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuarat 9 Julai ini susulan keputusan sama pada 7 Mei lepas.
1hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026 dengan nilai jualan mencecah RM169 bilion, disokong permintaan pengguna bermusim yang kukuh, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperkenalkan i-Legasi dan Kalkulator Matlamat Persaraan yang menjadi sebahagian daripada usaha untuk memastikan kelangsungan pendapatan persaraan serta jaminan kewangan merentas generasi.
1hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan sebanyak 8.1 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026 dengan hasil mencecah RM682.0 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB) bekerjasama dengan syarikat teknologi kenderaan elektrik, Blueshark Malaysia Sdn Bhd, untuk memperkukuh keyakinan pemilikan serta memperluas sokongan kepada penunggang individu dan pengendali kumpulan komersial.
1hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks volum perkhidmatan Malaysia mencatat pertumbuhan 5.8 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026 kepada 168.0 mata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti pada minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut mencatat jualan bersih, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM95.2 juta berbanding aliran keluar bersih RM160.8 juta pada minggu sebelumnya, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1hari lalu
PUTRAJAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan menyerahkan tawaran di bawah kerjasama strategik antara kerajaan Malaysia dan Arm Limited kepada tiga syarikat tempatan sebagai langkah penting untuk memperkukuh keupayaan negara dalam reka bentuk litar bersepadu (IC).
1hari lalu
PUTRAJAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi penentuan garis pemisah yang sesuai antara golongan yang wajar menerima subsidi petrol dan mereka yang boleh dikeluarkan daripada sistem subsidi berkenaan dalam usaha melaksanakan mekanisme subsidi lebih bersasar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melantik Datuk Jay Khairil Jeremy Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa 20 Mei 2026.