BERITA TERKINI   Pemilihan PKR: Amirudin Shari, Aminuddin Harun, Chang Lih Kang pertahan jawatan Naib Presiden | Ramanan dipilih sebagai Naib Presiden baharu PKR | Pemilihan PKR: Fahmi Fadzil menang jawatan Majlis Pimpinan Pusat | Pemilihan PKR: Nurul Izzah Anwar menang jawatan Timbalan Presiden, peroleh 9,803 undi | PM Anwar diumum secara rasmi pertahan jawatan Presiden PKR, menang tanpa bertanding | 
Ad Banner
Ad Banner

Dayang Enterprise Raih Dua Kontrak Daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Dayang Enterprise Holdings Bhd (DEHB), Dayang Enterprise Sdn Bhd meraih dua kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan, pengubahsuaian dan hook-up luar pesisir Pan Malaysia.

Syarikat minyak dan gas luar pesisir itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata nilai kontrak adalah berdasarkan perintah kerja yang dikeluarkan oleh PCSB sepanjang tempoh kontrak.

"Skop kerja-kerja kontrak itu termasuk menyediakan tenaga kerja, alatan dan peralatan, bahan pakai buang serta perkhidmatan berkaitan.

"Tempoh kontrak masing-masing selama lima tahun dan tarikh permulaan kerja kedua-dua kontrak adalah dari 27 Sept, 2024," katanya. 

Syarikat itu berkata projek berkenaan dijangka menyumbang kepada pendapatan DEHB untuk sepanjang tempoh kontrak.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner