BERITA TERKINI   Banjir di Sarawak : 1,001 orang masih ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara setakat 8 pagi ini - J/Kuasa Pengurusan Bencana Negeri | Banjir di Sabah : 1,061 orang masih ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara setakat 8 pagi - J/Kuasa Pengurusan Bencana Negeri | 

Mitrajaya Peroleh Kontrak RM375.50 Juta Bina Pusat Data

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mitrajaya Holdings Bhd (MHB), Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak bernilai RM375.50 juta daripada NEXTDC Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembinaan pusat data utama di sini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya, kontrak itu dijangka tamat menjelang Mac 2026 dan memberi sumbangan positif kepada pendapatan serta aset bersih MHB Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 dan 2026.

“Kontrak itu tidak akan memberi kesan terhadap modal saham dan struktur pegangan saham MHB,” katanya.

-- BERNAMA