BERITA TERKINI   Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di Kuantan pagi ini - Polis | 

Anak Syarikat MRCB Terlibat Dalam Usaha Sama Bina Hospital Di Melaka

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Anak syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), MRCB Land Sdn Bhd, terlibat dalam usaha sama untuk membina sebuah hospital di Melaka.

Menurut syarikat pembinaan itu dalam kenyataan hari ini, kos pembangunan kasar untuk Fasa 1 dianggarkan kira-kira RM520 juta. 

Perjanjian usaha sama dan pemegang saham telah ditandatangani antara MRCB Land, anak syarikat Melaka Corporation, PM Multilink Sdn Bhd (PMM) dan Majestic Quest Sdn Bhd (MQSB). 

Ad Banner
Ad Banner

MQSB ialah syarikat usaha sama 70:30 antara MRCB Land dan PMM.

Hospital itu akan disewakan kepada Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd.

Menurut MRCB, hospital tersebut akan mempunyai 300 katil, yang disediakan untuk pengembangan pada masa depan.

Ad Banner
Ad Banner

Kira-kira 100 suite perunding akan diperuntukkan mengikut disiplin serta ruang untuk perkhidmatan sokongan seperti makmal dan patologi.

-- BERNAMA