Operasi Bursa Malaysia Ditutup Pada 18 Mac Sempena Cuti Umum Nuzul Al-Quran
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Operasi Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Selasa, 18 Mac, 2025 sempena cuti umum Nuzul al-Quran di wilayah Persekutuan dan beberapa negeri di Malaysia.
Dagangan akan disambung semula pada Rabu, 19 Mac.
“Bagaimanapun, pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila' akan kekal beroperasi untuk dagangan pada cuti umum itu,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.
-- BERNAMA