BERITA TERKINI   Maldives teguh bersama Palestin dalam perjuangan kemerdekaannya dengan Jerusalem sebagai ibu negara, berdasarkan sempadan pra-1967 - Presiden Muizzu | Maldives berminat teroka inisiatif bersama Malaysia, khususnya dalam industri halal dan ekonomi digital - Presiden Maldives | Dasar visa Malaysia untuk pelajar Maldives dan keluarga, jadikan Malaysia destinasi pilihan pendidikan tinggi - Presiden Maldives. | Malaysia menyokong Maldives yang lantang bersuara menggesa masyarakat antarabangsa mengutamakan perlindungan alam sekitar - PM Anwar | 3.16 juta kampit beras putih tempatan 10kg diagihkan melalui lebih 47,000 premis runcit berdaftar setakat pertengahan April - Mohamad | 
Ad Banner
Ad Banner

AmanahRaya REIT Lantik Mohd Iskandar Dzulkarnain Sebagai Pengarah Urusan Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) melantik Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai pengarah urusan (MD) AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn Bhd (AKRM) berkuat kuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan hari ini, AKRM berkata susulan pelantikan itu, Mohd Iskandar akan mengambilalih sepenuhnya kepimpinan AmanahRaya REIT, sekali gus mengukuhkan komitmen syarikat pemegang amanah itu terhadap pertumbuhan strategik dan kecemerlangan operasi.

“Mohd Iskandar membawa bersamanya kepakaran meluas dalam strategi korporat, pengurusan risiko, perancangan kewangan dan pengurusan pelaburan hartanah merentasi pelbagai sektor.

Ad Banner

“Beliau memiliki kepakaran dalam penstrukturan korporat, pemodelan kewangan dan transformasi perniagaan.

“Sebagai pemangku MD AKRM, beliau sudah menunjukkan kepimpinan yang teguh dan memiliki pemikiran yang strategik bagi membimbing syarikat amanah itu mencapai matlamat jangka panjangnya.

“Dengan tumpuan utama bagi meningkatkan kecekapan operasi dan nilai portfolio, beliau komited untuk meletakkan AmanahRaya REIT ke arah pertumbuhan yang mampan,” kata kumpulan itu.

Ad Banner

Sementara itu, lembaga pengarah AKRM menyatakan keyakinan mereka terhadap kemampuan Mohd Iskandar untuk memimpin AmanahRaya REIT ke fasa pertumbuhan seterusnya.

Lembaga pengarah turut mengesahkan sokongan terhadap kepimpinan dan komitmen Mohd Iskandar bagi memacu perolehan strategik, inisiatif peningkatan portfolio dan strategi pelaburan tertumpu.

AKRM merupakan usahasama antara Amanah Raya Bhd dan KDA Capital Malaysia Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 8 Mei, 2009.

Ia mengambilalih pengurusan  AmanahRaya REIT daripada pengurus terdahulu, AmanahRaya-JMF Asset Management Sdn Bhd pada 27 Ogos, 2009.

-- BERNAMA