BERITA TERKINI   Maldives teguh bersama Palestin dalam perjuangan kemerdekaannya dengan Jerusalem sebagai ibu negara, berdasarkan sempadan pra-1967 - Presiden Muizzu | Maldives berminat teroka inisiatif bersama Malaysia, khususnya dalam industri halal dan ekonomi digital - Presiden Maldives | Dasar visa Malaysia untuk pelajar Maldives dan keluarga, jadikan Malaysia destinasi pilihan pendidikan tinggi - Presiden Maldives. | Malaysia menyokong Maldives yang lantang bersuara menggesa masyarakat antarabangsa mengutamakan perlindungan alam sekitar - PM Anwar | 3.16 juta kampit beras putih tempatan 10kg diagihkan melalui lebih 47,000 premis runcit berdaftar setakat pertengahan April - Mohamad | 
Ad Banner
Ad Banner

Solarvest Berada Kedudukan Baik Bagi Manfaat Peluang Dalam Sektor TBB - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang yang muncul dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia dengan mengambil kira pegangan pasaran yang kukuh dalam tenaga solar.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) berkata kumpulan tersebut giat mengejar pekerjaan kuota dua gigawatt (GW) Solar Skala Besar Kelima (LSS5) dan pengembangan LSS5+ 2GW yang akan datang.

Selain itu, kata Maybank IB kumpulan berkenaan memperoleh projek di bawah program pemeteran tenaga bersih (NEM) 3.0 dan susunan perjanjian penghantaran dipertingkat baharu (NEDA).

Ad Banner

"Keputusan kemenangan projek terkini ini akan meningkatkan nilai perolehan kontrak yang belum selesai Solarvest kepada RM1.3 bilion dengan pengiktirafan hasil yang berkaitan dijangka kekal kukuh melalui anggaran tahun kewangan 2026 dan 2027.

"Kami tidak membuat sebarang perubahan kepada unjuran kami kerana kemenangan projek ini merupakan sebahagian daripada andaian kemenangan nilai perolehan kontrak kami sebanyak RM1 bilion dalam tahun kewangan 2026," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Setakat ini, Maybank IB berkata Solarvest memperoleh RM947 juta menerusi projek baharu.

Ad Banner

Berdasarkan margin kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) yang lepas, ia berkata kontrak ini boleh menyumbang kepada unjuran RM40 juta hingga 60 juta dalam keuntungan kasar dengan menganggarkan margin keuntungan kasar sebanyak 10 hingga 15 peratus.

"Kami kekal yakin mengenai prospek Solarvest dalam mengembangkan nilai perolehan kontrak dan asas asetnya di tengah-tengah permintaan yang kukuh untuk TBB dalam jangka sederhana hingga lebih panjang," katanya.

-- BERNAMA