BERITA TERKINI   Keuntungan bersih Bursa Malaysia bagi Suku Pertama 2025 susut kepada RM68.42 juta daripada RM75.03 juta sebelumnya | Maldives teguh bersama Palestin dalam perjuangan kemerdekaannya dengan Jerusalem sebagai ibu negara, berdasarkan sempadan pra-1967 - Presiden Muizzu | Maldives berminat teroka inisiatif bersama Malaysia, khususnya dalam industri halal dan ekonomi digital - Presiden Maldives | Dasar visa Malaysia untuk pelajar Maldives dan keluarga, jadikan Malaysia destinasi pilihan pendidikan tinggi - Presiden Maldives. | Malaysia menyokong Maldives yang lantang bersuara menggesa masyarakat antarabangsa mengutamakan perlindungan alam sekitar - PM Anwar | 
Ad Banner
Ad Banner

Maybank, TikTok Shop Meterai MoU Pacu Pendigitalan PKS ASEAN

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) dan TikTok Shop Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk melancarkan Program Menambah Kemahiran dan Pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ASEAN.

Program ini bermatlamat untuk membantu PKS mengguna pakai perdagangan digital dan mengembangkan perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan Komuniti kumpulan Syed Ahmad Taufik Albar berkata program perintis itu akan dimulakan di Malaysia pada bulan depan meliputi webinar, bengkel dan pelan pemecut selama enam bulan.

Ad Banner

"Menerusi program ini, kami berhasrat untuk memanfaatkan kekukuhan Maybank dan TikTok Shop dalam memperkasakan usahawan di seluruh rantau ini dengan pengetahuan, pandangan yang jauh, kemahiran dan alatan yang diperlukan untuk mengekalkan kesinambungan perniagaan pada masa hadapan, tanpa mengira peringkat pertumbuhan.

"Peserta akan mendapat pengalaman amali dalam menerima pakai penyelesaian digital, memanfaatkan e-dagang yang dipacu kandungan dan mengoptimumkan teknik pengurusan akaun -- kesemuanya penting demi pertumbuhan dan kejayaan perniagaan dalam jangka panjang," katanya pada majlis memeterai perjanjian itu hari ini.

Beliau berkata kohort pertama di Malaysia akan memfokuskan kepada usahawan wanita, sejajar  dengan inisiatif HERpower Maybank.

Ad Banner

“PKS yang diteraju wanita membentuk 20 peratus daripada keseluruhan PKS di Malaysia bagaimanapun terus berdepan halangan dalam mengakses pembiayaan dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Oleh itu, kohort pertama Malaysia bagi pelan pemecut akan dikhaskan kepada usahawan wanita,” katanya sambil memaklumkan Maybank menyasarkan untuk meningkatkan PKS yang diteraju wanita daripada 20 peratus kepada sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang 2026.

HERpower adalah inisiatif Maybank untuk menyokong usahawan wanita menerusi penyelesaian kewangan, bimbingan dan pembangunan perniagaan untuk merapatkan jurang pembiayaan, memperluas peluang dan menggalakkan keterangkuman ekonomi.

Sementara itu, Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia Nur Azre Abdul Aziz berkata selain langkah kuantitatif, platform itu juga mengambil pendekatan kualitatif dengan menyediakan PKS dengan peningkatan sokongan trafik dan pendedahan media sosial.

"Sebagai contoh adalah PKS yang kami bantu dengan bermula di pasar malam, berkembang secara dalam talian, mewujudkan kedai fizikal, dan kemudiannya kami bawakan pada Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan ASEAN.

“Oleh itu, ia juga mengenai memperluas keupayaan mereka daripada peringkat tempatan ke peringkat global," katanya.

-- BERNAMA