BERITA TERKINI   Keuntungan bersih Bursa Malaysia bagi Suku Pertama 2025 susut kepada RM68.42 juta daripada RM75.03 juta sebelumnya | Maldives teguh bersama Palestin dalam perjuangan kemerdekaannya dengan Jerusalem sebagai ibu negara, berdasarkan sempadan pra-1967 - Presiden Muizzu | Maldives berminat teroka inisiatif bersama Malaysia, khususnya dalam industri halal dan ekonomi digital - Presiden Maldives | Dasar visa Malaysia untuk pelajar Maldives dan keluarga, jadikan Malaysia destinasi pilihan pendidikan tinggi - Presiden Maldives. | Malaysia menyokong Maldives yang lantang bersuara menggesa masyarakat antarabangsa mengutamakan perlindungan alam sekitar - PM Anwar | 
Ad Banner
Ad Banner

Bursa Derivatif Dijangka Lancar Semula Kontrak SSF Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Derivatif Malaysia dijangka melancarkan semula kontrak Niaga Hadapan Saham Tunggal (SSF) pada suku pertama 2025, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini. 

SC dalam Laporan Tahunan 2024 yang dikeluarkan hari ini berkata beberapa pengubahsuaian telah dilaksanakan, termasuk memperluas bilangan saham pendasar yang layak kepada 30 saham yang merangkumi semua konstituen FBM KLCI daripada 10 saham sebelum ini. 

Pengubahsuaian itu, katanya, merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk merombak dan memperkukuh kontrak SSF. 

Ad Banner

“Spektrum perubahan itu bertujuan meningkatkan daya tarikan kontrak, terutama untuk kalangan peserta runcit.

“Pelabur runcit boleh menggunakan SSF untuk melindungi nilai portfolio saham mereka atau memanfaatkan peluang dagangan yang membolehkan fleksibiliti lebih besar selain pengurusan risiko," katanya.

Menurut SC, pengubahsuaian lain termasuk mengurangkan saiz kontrak SSF untuk menampung penyertaan runcit dengan saiz kontrak SSF dikurangkan kepada 100 saham bagi setiap kontrak berbanding 1,000 saham untuk setiap kontrak.

Ad Banner

Rombakan itu juga, katanya, turut mengambil kira pengubahsuaian had polisi spekulatif dan perubahan kepada pengendalian apabila terdapat tindakan korporat ke atas sekuriti pendasar. 

"Menerusi usaha  menarik segmen pasaran yang semakin berkembang, inisiatif ini boleh meningkatkan keluasan dan kedalaman pasaran serta memupuk persekitaran dagangan yang lebih pelbagai dan berdaya saing," katanya.

-- BERNAMA