BERITA TERKINI   Mahkamah Tinggi KL melepas tanpa membebaskan Najib daripada pertuduhan pengubahan wang haram babitkan dana SRC berjumlah RM27 juta | GST hanya dapat dilaksanakan sekiranya purata pendapatan rakyat cecah RM4,000 sebulan - PM Anwar | Anwar akui GST efisien dan telus namun belum sesuai dilaksanakan kerana nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah | 
Ad Banner

Bursa Lulus Permohonan AHAM Capital Gantung Dagangan Dua Dana Pada 26 Mac

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) berkata Bursa Malaysia telah meluluskan permohonannya bagi penggantungan dagangan dua dana dagangan pertukaran (ETF) yang berkuat kuasa pada 26 Mac, 2025.

Dalam kenyataan berasingan dengan Bursa Malaysia hari ini, AHAM Capital berkata dua dana itu adalah TradePlus MSCI Asia Ex Japan REITs Tracker Fund dan TradePlus DWA Malaysia Momentum Tracker Fund.

“Penggantungan dagangan adalah bagi memudahcara proses penamatan ETF dan akan kekal berkuat kuasa sehingga ETF itu secara rasmi dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia.

“Permohonan penggantungan itu dibuat mengikut Perenggan 3.1(c) Nota Amalan 2 di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia," katanya.

-- BERNAMA