BERITA TERKINI   Kerja pembaikan, penstabilan Sistem Autogate masih berjalan untuk pastikan ia kembali beroperasi pada kapasiti optimum - AKPS | Sistem Autogate untuk pelawat asing mula beoperasi secara beperingkat - AKPS | ⁠Pelajar institusi pondok perlu dalami ilmu TVET untuk kuasai bidang digital dan teknologi - PM Anwar | Umat Islam perlu pertahan legasi keilmuwan Islam, perkukuh hubungan antara ulama dan umarak - PM Anwar | 
Ad Banner

Unit UEM Edgenta Meterai Perjanjian Interim Sediakan Perkhidmatan Sokongan Hospital

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Edgenta Mediserve Sdn Bhd (EMSB), memeterai perjanjian interim dengan kerajaan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, UEM Edgenta berkata di bawah perjanjian berkenaan, EMSB akan terus menyediakan perkhidmatan sokongan hospital secara interim untuk tempoh 36 bulan, bermula dari 1 April, 2025 dan tamat pada 31 Mac, 2028.

"Perjanjian ini juga disertakan dengan pilihan untuk lanjutan selama setahun, dan lanjutan seterusnya selama satu tahun selepas itu," katanya.

Baru-baru ini, EMSB bersetuju terima lanjutan perjanjian konsesi bertarikh 1 April, 2015 untuk penyediaan perkhidmatan sokongan hospital di hospital-hospital kontrak di Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis melalui perjanjian interim.

Perjanjian konsesi itu dijangka tamat pada 31 Mac, 2025.

-- BERNAMA