BERITA TERKINI   Pelajar SPM peroleh 10A dan ke atas, diberi jaminan dapat tempat, biasiswa di UNIKL, UPTM - TPM Ahmad Zahid | Keupayaan PKR dapat diangkat menerusi barisan kepimpinan baharu parti - PM Anwar | TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Nurul Izzah Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR, barisan kepimpinan baharu | Perkembangan positif dalam usaha Timor-Leste sertai ASEAN - Pegawai Kanan Filipina | 
Ad Banner
Ad Banner

Malaysia Lokasi Penting Pelaburan Sweden, 97 Projek Setakat 2024 - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Malaysia merupakan antara lokasi penting bagi pelaburan Sweden dengan mencatat sebanyak 97 projek perkilangan setakat 2024 yang bernilai RM7.77 bilion.

Ketika berkongsi pencapaian itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan itu juga telah mewujudkan sebanyak 5,982 peluang pekerjaan.

"Pada tahun lepas, nilai dagangan dua hala kita mencecah RM3.58 bilion, bukti kukuhnya kerjasama ekonomi Malaysia-Sweden," kata beliau dalam catatan terbaharunya di laman sosial X yang juga sebagai mengalu-alukan kehadiran Duta Besar baharu Sweden ke negara ini, Niklas Wiberg.

Tengku Zafrul berkata pada masa ini, banyak syarikat terkenal Sweden beroperasi di Malaysia seperti platform muzik Spotify, pengeluar pakaian H&M, pengeluar gajet Ericsson, pengeluar kenderaan Volvo dan gedung perniagaan IKEA.

“Kita harap hubungan ekonomi Malaysia dan Sweden akan terus berkembang demi manfaat bersama," katanya.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner