BERITA TERKINI   Pelajar SPM peroleh 10A dan ke atas, diberi jaminan dapat tempat, biasiswa di UNIKL, UPTM - TPM Ahmad Zahid | Keupayaan PKR dapat diangkat menerusi barisan kepimpinan baharu parti - PM Anwar | TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Nurul Izzah Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR, barisan kepimpinan baharu | Perkembangan positif dalam usaha Timor-Leste sertai ASEAN - Pegawai Kanan Filipina | 
Ad Banner
Ad Banner

Ho Hup Construction Diklasifikasi Sebagai Syarikat PN17

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengumumkan Ho Hup Construction Company Bhd diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) selepas mencetuskan kriteria di bawah Perenggan 2.1(f) PN17 dalam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata pengklasifikasian berkenaan berdasarkan pengumuman Ho Hup pada 18 April 2025.

Pada tarikh itu, syarikat tersebut menyatakan anak syarikatnya gagal membayar kemudahan pinjaman tertunggak berjumlah RM112.69 juta.

“Bursa Securities akan terus memantau perkembangan Ho Hup Construction berkaitan dengan pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama,” katanya.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner