BERITA TERKINI   Pelajar SPM peroleh 10A dan ke atas, diberi jaminan dapat tempat, biasiswa di UNIKL, UPTM - TPM Ahmad Zahid | Keupayaan PKR dapat diangkat menerusi barisan kepimpinan baharu parti - PM Anwar | TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Nurul Izzah Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR, barisan kepimpinan baharu | Perkembangan positif dalam usaha Timor-Leste sertai ASEAN - Pegawai Kanan Filipina | 
Ad Banner
Ad Banner

Iskandar Malaysia Catat Pelaburan Komited Berjumlah RM41.4 Bilion Pada 2024 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited berjumlah RM41.4 bilion pada 2024 atau meningkat 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata nilai tersebut merupakan pencapaian tertinggi sejak Iskandar Malaysia diwujudkan. 

“Tahun lalu juga, nilai pelaburan yang direalisasikan mencecah RM26.7 bilion. Pelaburan asing sebanyak RM36.1 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM5.3 bilion. 

“Hatta, pencapaian ini membuktikan bahawa keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia terus meningkat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau. 

Anwar berkata perkara itu dimaklumkan sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat ke-34 Ahli Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) hari ini.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan persediaan koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia dalam mengharungi keadaan ekonomi dan perdagangan dunia yang kian mencabar dan tidak menentu. 

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA