BERITA TERKINI   Keupayaan PKR dapat diangkat menerusi barisan kepimpinan baharu parti - PM Anwar | TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Nurul Izzah Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR, barisan kepimpinan baharu | Perkembangan positif dalam usaha Timor-Leste sertai ASEAN - Pegawai Kanan Filipina | 
Ad Banner
Ad Banner

Perodua Dijangka Raih Manfaat Daripada Pasaran Automotif Malaysia Pada 2025 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka mendapat manfaat sepenuhnya daripada industri automotif Malaysia pada 2025, dipacu oleh minat belian pada masa depan berikutan penangguhan peraturan eksais baharu sehingga akhir 2025.

Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) berkata bahawa Perodua bersedia untuk menguasai 44 peratus daripada jumlah bahagian pasaran volum industri dengan kadar penyetempatan tertinggi yang boleh menyebabkan harga kenderaan pemasangan tempatan meningkat sebanyak 10 peratus hingga 30 peratus.

“Selain itu, Perodua akan mendapat manfaat daripada pelancaran baharu yang menarik iaitu Perodua hibrid, Perodua EV dan Perodua Myvi serba baharu, pendapatan isi rumah lebih tinggi, kenaikan gaji penjawat awam pada Disember 2024, gaji minimum lebih tinggi mulai Februari 2025 dan pasaran buruh yang stabil,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, Kenanga IB berkata ia tidak sama untuk segmen premium kerana pelanggan sasarannya, kumpulan M40 dan T15 mungkin tidak membeli kereta baharu, dijangka beralih kepada kereta bersaiz lebih kecil atau bertukar kepada kenderaan hibrid dan elektrik (EV) untuk mengurangkan bil bahan api susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.

“Pada masa sama, bil isi rumah juga akan terjejas oleh kos bahan api lebih tinggi serta jangkaan kenaikan 14 peratus dalam tarif asas untuk penggunaan lebih tinggi yang boleh mendorong pengguna untuk beralih kepada panel solar seterusnya meningkatkan permintaan untuk EV bagi menyalurkan lebihan elektrik grid, pada asasnya adalah percuma.

“Selain itu, kos penyelenggaraan rutin EV jauh lebih rendah berbanding enjin pembakaran dalaman disebabkan oleh pengurangan berlaku alat ganti haus dan lusuh ” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Kenanga IB mengekalkan penarafan "overweight" untuk sektor tersebut dengan MBM Resources “outperform”; harga sasaran (TP): RM6.90 dan Hong Leong Industries “outperform”; TP: RM15.90 ​sebagai pilihan sektornya.

“Syarikat-syarikat ini adalah proksi kepada pasaran kenderaan mampu milik dan program rasionalisasi subsidi bahan api, selain menawarkan hasil dividen menarik, masing-masing kira-kira lapan peratus dan lima peratus,” katanya.

-- BERNAMA