BERITA TERKINI   Jualan sektor pembuatan cecah RM1.97 trilion, naik 4.2 peratus pada 2025 - Jabatan Perangkaan | 

Kadar Jangka Pendek Diunjurkan Kekal Stabil, Disokong Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM31.53 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.02 bilion dalam sistem Islam.

Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik iaitu bernilai RM2.8 bilion selama tujuh hari dan RM1.0 bilion untuk 91 hari.

Ad Banner
Ad Banner

Bank pusat juga akan menawarkan dua tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM280 juta bagi tujuh hari dan RM350 juta untuk 91 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM35.3 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM23.7 bilion.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA