BERITA TERKINI   Mahkamah Tinggi KL melepas tanpa membebaskan Najib daripada pertuduhan pengubahan wang haram babitkan dana SRC berjumlah RM27 juta | GST hanya dapat dilaksanakan sekiranya purata pendapatan rakyat cecah RM4,000 sebulan - PM Anwar | Anwar akui GST efisien dan telus namun belum sesuai dilaksanakan kerana nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah | 
Ad Banner

CFO Bursa Malaysia Rosidah Baharom Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia Bhd  Rosidah Baharom meletak jawatan, berkuat kuasa hari ini.

Bursa Malaysia menerusi satu makluman berkata peletakan jawatan Rosidah itu adalah atas sebab kepentingan peribadi. 

“Lembaga, melalui jawatankuasa pencalonan dan ganjaran, sebelum ini telah memulakan usaha untuk mengenal pasti dan melantik CFO baharu syarikat .

“Pengumuman mengenai pelantikan baharu akan dibuat dalam masa terdekat,” kata pengendali bursa itu.

Sementara itu, Rasmona Abdul Rahman, naib presiden eksekutif kewangan kumpulan dan perkhidmatan korporat, akan menyandang jawatan pemangku CFO berkuat kuasa hari ini.

-- BERNAMA