Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 naik 5.5 mata kepada 1,533.5, Jun 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,533.0, manakala September 2025 dan Disember 2025 menokok 7.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,518.0 dan 1,525.0.
Jumlah dagangan turun kepada 8,626 lot daripada 10,710 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,759 kontrak daripada 45,700 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 8.36 mata atau 0.55 peratus kepada 1,535.38 daripada 1,527.02 pada Khamis.
-- BERNAMA