BERITA TERKINI   Mahkamah Tinggi KL melepas tanpa membebaskan Najib daripada pertuduhan pengubahan wang haram babitkan dana SRC berjumlah RM27 juta | GST hanya dapat dilaksanakan sekiranya purata pendapatan rakyat cecah RM4,000 sebulan - PM Anwar | Anwar akui GST efisien dan telus namun belum sesuai dilaksanakan kerana nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah | 
Ad Banner

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Kelemahan Dolar US

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh dolar US yang lebih lemah di tengah -tengah kebimbangan fiskal Amerika Syarikat yang berterusan.

Kontrak Mei 2025 naik kepada US$3,336.50 setiap auns troy berbanding US$3,310.80 setiap auns troy yang dicatatkan semalam, manakala Jun 2025 mengukuh kepada US$3,349.70 setiap auns troy daripada US$ 3,323.80 setiap auns troy.

Julai, Ogos dan Oktober 2025 meningkat kepada US$3,363.40 setiap auns troy daripada US$3,337.50 setiap auns troy sebelum ini. 

Jumlah dagangan menurun kepada 45 lot berbanding 559 lot yang disaksikan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 82 kontrak daripada 597 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari pada 22 Mei London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$3,284 setiap auns troy.

-- BERNAMA