BERITA TERKINI   Mahkamah Tinggi KL melepas tanpa membebaskan Najib daripada pertuduhan pengubahan wang haram babitkan dana SRC berjumlah RM27 juta | GST hanya dapat dilaksanakan sekiranya purata pendapatan rakyat cecah RM4,000 sebulan - PM Anwar | Anwar akui GST efisien dan telus namun belum sesuai dilaksanakan kerana nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah | 
Ad Banner

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Seiring Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar pada minggu depan.

Seorang penganalisis berkata bursa tempatan diunjur mencatatkan kenaikan sederhana minggu depan apabila pemulihan dijangka terhad memandangkan kekurangan pemangkin baharu untuk merangsang pasaran. 

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, kontrak Mei 2025 dan September 2025 susut 33.5 mata masing-maing kepada 1,533.5 dan 1,518.0, manakala Jun 2025 turun 34.5 mata kepada 1,533.0, dan Disember 2025 jatuh 35.0 mata kepada 1,3525.0. 

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 33,633 lot daripada 32,337 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka naik epada 42,759 kontrak daripada 39,634 kontrak sebelumnya.

Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, FBM KLCI menyusut 36.37 mata kepada 1,535.38 daripada 1,571.75 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA