BERITA TERKINI   ASEAN pertimbang rakan dialog baharu yang mampu beri tambah nilai kepada blok serantau itu - Mohamad Hasan | Mohamad Hasan akan ke Myanmar pada September sebagai strategi libat urus berterusan ASEAN | Kemasukkan Timor-Leste ke dalam ASEAN: AMM ke-58 galakkan negara itu segera ambil langkah sertai instrumen undang-undang berkaitan - Mohamad Hasan | Kejayaan penganjuran AMM ke-58 bukti ASEAN dihormati, mendapat kepercayaan kuasa besar dunia - Mohamad Hasan | Malaysia gesa Israel dipertanggungjawabkan terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa – Mohamad Hasan | 
Ad Banner
Ad Banner

AmMetLife Takaful Lantik Nazrulhisham Abdul Hamid Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- AmMetLife Takaful Bhd (AmMetLife Takaful) telah melantik Nazrulhisham Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 16 Jun, 2025.

Sebelum menyertai AmMetLife Takaful, Nazrulhisham berkhidmat sebagai CEO Zurich Takaful Malaysia.

Pelantikan tersebut dianggap penting kepada syarikat memandangkan Nazrulhisham mempunyai 25 tahun pengalaman dalam kepimpinan kanan industri insurans dan takaful.

“Beliau mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam sektor takaful, melibatkan kedua-dua operasi dan jualan takaful am serta keluarga.

“Sebelum menyertai AmMetLife Takaful, beliau bertugas sebagai CEO Zurich Takaful Malaysia,” kata syarikat takaful itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wilayah Bangladesh, Malaysia, Nepal dan Vietnam Metlife Elena Butarova berkata syarikat itu mengalu-alukan penyertaan Nazrulhisham ke AmMetLife Takaful, kerana beliau sudah membuktikan kepimpinannya, pengalaman luas dalam industri dan rekod prestasi yang kukuh dalam memacu pertumbuhan dan kecemerlangan operasi akan memainkan peranan penting untuk membawa perniagaan takaful ke tahap yang lebih tinggi.

-- BERNAMA