BERITA TERKINI   Kerja pembaikan, penstabilan Sistem Autogate masih berjalan untuk pastikan ia kembali beroperasi pada kapasiti optimum - AKPS | Sistem Autogate untuk pelawat asing mula beoperasi secara beperingkat - AKPS | ⁠Pelajar institusi pondok perlu dalami ilmu TVET untuk kuasai bidang digital dan teknologi - PM Anwar | Umat Islam perlu pertahan legasi keilmuwan Islam, perkukuh hubungan antara ulama dan umarak - PM Anwar | 
Ad Banner

PM Anwar Mahu Syarikat Pelaburan Bumiputera Perkukuh Daya Saing, Jamin Pulangan Mampan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan syarikat-syarikat pelaburan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera perlu terus memperkukuh daya saing ekonomi domestik serta menjamin pulangan mampan.

Beliau berkata pagi tadi, beliau mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera bagi meneliti prestasi semasa syarikat-syarikat di bawahnya.

“Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, saya tegaskan keperluan untuk kita terus memperkukuh daya saing ekonomi domestik serta menjamin pulangan mampan kepada para pemegang unit amanah.

“Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) perlu menggandakan usaha meningkatkan tahap celik pelaburan dalam kalangan masyarakat, khususnya bumiputera,” kata beliau menerusi hantaran di X pada Isnin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) pula harus kekal komited memperkasa usahawan b umiputera melalui akses kepada pembiayaan serta sokongan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan.

“Saya tegaskan semua agensi dan syarikat berkaitan kerajaan yang memegang mandat pembangunan bumiputera mesti terus menjadi pemacu dasar dan pelaksana utama inisiatif kerajaan, khususnya menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35) yang telah pun dilancarkan,” kata beliau.

-- BERNAMA