BERITA TERKINI   Emma Firyana Saroji muncul juara acara singles wanita Piala Dunia Boling Padang 2025 | Program Kampung Angkat Madani dan Inisiatif Sejati MADANI, perkukuh semangat menyantuni rakyat – PM Anwar | Kerajaan MADANI tegas pastikan hak Sabah terus terbela melalui MA63, keadilan Sabah diperjuang - Fahmi Fadzil | PRN Sabah: DAP bertanding di lapan kerusi DUN - Anthony Loke | 
Ad Banner

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 dan September 2025 masing-masing susut 17.0 mata kepada 1,532.50 dan 1,511.50. Sementara itu, kontrak Ogos 2025 dan Disember 2025 masing-masing merosot 17.5 mata kepada 1,530.0 dan 1,510.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,651 lot daripada 3,001 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 38,018 kontrak berbanding 34,783 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.65 mata atau 0.82 peratus kepada 1,537.54 daripada 1,550.19 ketika ditutup Jumaat lalu.

-- BERNAMA