BERITA TERKINI   Kerajaan berhak tarik balik bantuan yang diluluskan sekiranya berlaku ketidakpatuhan - MoF | Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun ini berjumlah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah kerajaan - MoF | RM1.1 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa 1 tahun ini, 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan dapat manfaat - MoF | Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | 

Emas Didagangkan Berhati-hati Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan dalam urus niaga yang lebih berhati-hati pada minggu hadapan berikutan pengunduran emas pada Jumaat selepas mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu kira-kira US$4,380 satu auns.

Pada Jumaat, niaga hadapan emas di bursa tempatan ditutup lebih tinggi untuk hari kelima berturut -turut. 

Bagaimanapun harga emas global menyusut daripada paras tertinggi berikutan ulasan Presiden AS Donald Trump bahawa tarif 100 peratus ke atas China adalah tidak mapan.

Ad Banner
Ad Banner

Secara mingguan, kontrak Oktober 2025 melonjak kepada US$4,341.60 setiap auns troy daripada US $3,998.20 setiap auns troy yang dicatatkan pada minggu lepas, kontrak November 2025 mengukuh kepada US$4,358.30 daripada US$4,014 setiap auns troy dan kontrak Disember 2025 menokok kepada US$ 4,374.30 berbanding US$4,031.40 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak Januari 2026 adalah lebih tinggi pada US$4,391.30 daripada US$4,048.40 setiap auns troy, manakala kontrak Februari 2026, April 2026 serta Jun 2026 masing-masing diselesaikan lebih tinggi pada US$4,407.20 daripada US$4,065.30 setiap auns troy yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan jatuh kepada 1,722 lot berbanding 2,797 lot, manakala kepentingan terbuka turun kepada 171 kontrak daripada 995.

Emas fizikal berada pada US$4,261.95 setiap auns troy, berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association setakat 16 Oktober 2025.

-- BERNAMA