BERITA TERKINI   Bantuan khas RM500 diberikan kepada penjawat awam Perlis termasuk kakitangan kontrak, bayaran dibuat Januari 2026 - MB Perlis | Gempa bumi di Jepun: Rakyat Malaysia diminta mendaftar kehadiran mereka dengan Kedutaan Malaysia di Tokyo bagi memastikan komunikasi dan bantuan dapat disalurkan - Wisma Putra | Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin - Wisma Putra | Orkim Bhd mula disenaraikan di Pasaran Utama, tidak berubah pada 92 sen seperti harga IPOnya, dengan 5.40 juta saham diniagakan | Kehadiran Orkim dalam logistik maritim dan pengangkutan tenaga menyokong keselamatan tenaga negara - Amir Hamzah | 
Ad Banner

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan Susulan Stok Lebih Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu hadapan dipengaruhi oleh paras stok simpanan yang tinggi di Malaysia, kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami menjangkakan harga akan berlegar-legar antara RM4,400 hingga RM4,580 setan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Peniaga Kanan Minyak Sawit Kumpulan Syarikat Interband Jim Teh berkata pasaran mungkin mengalami pembetulan teknikal terutamanya dengan minggu dagangan yang lebih singkat berikutan cuti umum Deepavali.

“Kami menjangkakan niaga hadapan MSM akan diniagakan antara RM4,100 hingga RM4,200 setiap tan,” katanya.

Mengenai paras inventori, Teh berkata stok simpanan di Malaysia dan Indonesia kekal kukuh.

“Permintaan fizikal mungkin datang dari China, Pakistan, negara Timur Tengah, negara Eropah dan paling tidak sekali pun dari Amerika Syarikat,” tambahnya.

Berdasarkan asas mingguan, kontrak bulan semerta baharu November 2025 susut RM57 kepada RM4,439 setiap tan manakala Disember 2025 turun RM68 kepada RM4,476 setiap tan dan Januari 2026 merosot RM52 kepada RM4,513 setiap tan.

Februari 2026 berkurang sebanyak RM29 kepada RM4,527 setiap tan dan Mac 2026 hilang RM12 kepada RM4,518 setiap tan.

Kontrak bulan baharu April 2026 berada pada paras RM4,496 setiap tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 510,118 lot daripada 470,418 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 289,323 kontrak daripada 282,064 sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Oktober Selatan turun RM60 kepada RM4,440 setan.

-- BERNAMA