BERITA TERKINI   Bantuan khas RM500 diberikan kepada penjawat awam Perlis termasuk kakitangan kontrak, bayaran dibuat Januari 2026 - MB Perlis | Gempa bumi di Jepun: Rakyat Malaysia diminta mendaftar kehadiran mereka dengan Kedutaan Malaysia di Tokyo bagi memastikan komunikasi dan bantuan dapat disalurkan - Wisma Putra | Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin - Wisma Putra | Orkim Bhd mula disenaraikan di Pasaran Utama, tidak berubah pada 92 sen seperti harga IPOnya, dengan 5.40 juta saham diniagakan | Kehadiran Orkim dalam logistik maritim dan pengangkutan tenaga menyokong keselamatan tenaga negara - Amir Hamzah | 
Ad Banner

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Peningkatan Pengeluaran

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata peningkatan pengeluaran yang dijangka berlaku dalam beberapa minggu akan datang ditambah dengan tahap inventori yang tinggi di negara ini dikatakan sedang memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

"Kami melihat harga sokongan baik melebihi RM4,380 satu tan dengan harga rintangan pada RM4,540 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2025 turun RM46 kepada RM4,401 satu tan manakala kontrak Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing merosot RM49 kepada RM4,426 dan RM4,456 satu tan.

Kontrak Februari 2026 berkurang RM46 kepada RM4,468 satu tan manakala kontrak Mac 2026 menyusut RM31 kepada RM4,462 satu tan dan kontrak April 2026 kehilangan RM27 kepada RM4,448 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 109,930 lot daripada 64,163 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka merosot kepada 277,711 kontrak daripada 279,217 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, November Selatan turun RM30 kepada RM4,430 satu tan.

-- BERNAMA