BERITA TERKINI   ACLE: Sanfrecce Hiroshima 1-0 JDT. JDT mara ke suku akhir secara agregat 3-2 | Penerima bantuan tunai BUDI Diesel dinaikkan kepada RM300 sebulan bagi tempoh interim - Kementerian Kewangan | Kerajaan MADANI kekalkan harga RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter walaupun harga pam petrol RON95, diesel meningkat - Kementerian Kewangan | Isu saham Azam Baki : Jemaah Menteri terima hasil laporan siasatan Peguam Negara hari ini, tindakan lanjut diambil KSN - Fahmi | Isu 3R : Tindakan tegas perlu segera diambil, kaji pindaan undang-undang jika perlu - Fahmi | 
Ad Banner

Untung Bersih Sarawak Oil Palms Susut Kepada RM110.95 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sarawak Oil Palms Bhd (SOPB) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 susut kepada RM110.95 juta daripada RM121.80 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia syarikat itu berkata kerugian dalam perbelanjaan operasi berjumlah RM11.85 juta bagi suku berkenaan, berbanding keuntungan RM26.40 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya memberi tekanan kepada keuntungan.

Hasil syarikat juga menurun kepada RM1.34 bilion daripada RM1.38 bilion sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagi tempoh sembilan bulan pertama, SOPB merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM316.63 juta, berbanding RM306.95 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, hasil meningkat kepada RM4.08 bilion daripada RM3.85 bilion, didorong oleh kenaikan harga jualan yang direalisasikan sepanjang suku berkenaan.

Syarikat itu berkata prospek kumpulan akan terus dipacu oleh pengeluaran tandan buah segar (FFB) mengikut corak kelaziman, pergerakan harga minyak boleh makan global, serta kesan rantaian bekalan terhadap baja, bahan kimia dan harga bahan api, yang memberi impak kepada kos pengeluaran.

Ad Banner
Ad Banner

“Kumpulan sedang mengambil langkah untuk meningkatkan pengeluaran melalui pengurusan lebih cekap, kawalan kos dan program penanaman semula. Bagaimanapun, industri dijangka terus menghadapi cabaran susulan keadaan ekonomi global dan harga komoditi yang tidak menentu,” katanya.

-- BERNAMA