BERITA TERKINI   Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2026 berikutan keadaan kos global yang terus mereda - Gabenor BNM | Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2025, melebihi julat unjuran 4.0-4.8 peratus - Gabenor BNM | Pada 2025, ringgit naik 10.2 peratus berbanding dolar AS manakala penambahan nilai NEER sebanyak 6.3 peratus - BNM | Ringgit naik 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025, didorong oleh faktor luaran dan dalam negeri - BNM | Inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.3 peratus pada suku keempat 2025 manakala inflasi teras meningkat kepada 2.3 peratus - BNM | 

Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Meningkat Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.15 pagi, kontrak semerta November 2025 naik 5.5 mata kepada 1,622.0, Disember 2025 dan Mac 2026 masing-masing meraih 5.0 mata kepada 1,623.0 dan 1,605.0 manakala Jun 2026 kekal pada 1,611.5.

Jumlah dagangan sebanyak 8,040 lot manakala kepentingan terbuka pada 51,896 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Indeks penanda aras FBM KLCI naik 3.27 mata kepada 1,615.13 selepas 33 minit dagangan dijalankan berbanding paras 1,611.74 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA 

Ad Banner
Ad Banner