BERITA TERKINI   Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM hari ini kekalkan OPR pada 2.75 peratus | Tiga hingga empat individu akan dipanggil untuk beri kenyataan tentang dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan -- KPN | Ambil iktibar krisis di Timur Tengah, jadikan perpaduan sebagai kekuatan Malaysia - PM Anwar | Anggaran 60 peratus ahli KWSP berpotensi capai tahap simpanan asas kira-kira RM390,000 pada umur 60 tahun menjelang 2030 - Amir Hamzah | Polis telah ambil keterangan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan -- KPN | 
Ad Banner

Axiata Catat Kerugian Bersih RM27.35 Juta Pada Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM27.35 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 (S3 TK2025) berbanding keuntungan bersih sebanyak RM976.67 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas, apabila perolehan terjejas susulan terjemahan tukaran asing yang tidak menggalakkan. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat telekomunikasi itu berkata perolehannya susut kepada RM2.92 bilion daripada RM3.06 bilion sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh kesan terjemahan tukaran asing yang tidak memberangsangkan akibat penurunan nilai mata wang syarikat pengendali (OpCos) berbanding ringgit. 

“Pada mata wang malar, pendapatan meningkat 3.2 peratus, disumbangkan oleh semua OpCos, kecuali bagi operasi infrastruktur Linknet,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner

Menurut Axiata, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) menyusut 3.6 peratus kepada RM1.36 bilion pada S3 TK2025.

Bagi mata wang malar, EBITDA meningkat sebanyak 5.1 peratus, terutamanya aliran masuk daripada pertumbuhan pendapatan. 

“EBIT menurun 26.8 peratus (pada mata wang malar, pada 15.5 peratus) kepada RM343.4 juta, terutamanya terjejas oleh pengurangan nilai muhibah operasi infrastruktur (Linknet) pada S3 TK2025,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner

Bagi tempoh kumulatif sembilan bulan berakhir pada 30 Sept, 2025, syarikat telekomunikasi itu menyaksikan keuntungan bersihnya menyusut kepada RM403.3 juta daripada RM1.17 bilion, dan perolehannya merosot kepada RM8.78 bilion daripada RM9.57 bilion sebelumnya. 

Dalam satu kenyataan berasingan, Axiata berkata ia telah mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan langkah pengurangan hutang yang berdisiplin dan aliran tunai yang lebih baik sepanjang suku tersebut dengan mengurangkan hutang syarikat sebanyak 8.9 peratus suku ke suku kepada RM7.2 bilion. 

Katanya, ia telah dicapai menerusi pengurusan liabiliti proaktif dengan penebusan separa Nota Jangka Sederhana Euro. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Vivek Sood berkata Axiata telah mencatatkan suku ketiga yang berdaya tahan pada 2025, dan pengoptimuman lembaran imbangan yang berdisiplin telah mengurangkan hutang bersih/EBITDA kepada 2.6 kali ganda. 

“Ia telah mengukuhkan daya tahan kewangan kami dan meletakkan kami pada kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran 2026,” katanya.

Beliau menambah kekuatan operasi Axiata telah menyebabkan kumpulan itu, di peringkat syarikat induk, menerima dividen RM1.2 bilion daripada syarikat operasinya. 

“Dalam usaha untuk kami terus maju, kami kekal fokus untuk memanfaatkan nilai, mempercepatkan pertumbuhan dan memberikan prestasi yang mampan untuk semua pihak berkepentingan,” katanya. 

-- BERNAMA