BERITA TERKINI   Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dilantik Pengerusi BN Sabah - Setiausaha Agung BN Zambry | Dewan Tertinggi BN terima penyertaan semula PPP - Setiausaha Agung BN Zambry | MIC masih bersama BN, isu keluar hanya spekulasi - Setiausaha Agung BN Zambry | Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Hafizuddeain dan isteri akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL esok - SPRM | Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL pada 23 Jan - SPRM | 

PM Anwar Umum Jawatan Baharu Tengku Zafrul Pada 3 Disember

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkuat kuasa esok, akan diberikan jawatan baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu akan diumumkan beliau pada 3 Disember susulan perbincangan beliau dengan Tengku Zafrul mengenai kesinambungan tanggungjawab selepas tidak lagi menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Saya juga mengambil kesempatan ini kerana Tengku Zafrul tidak lama di sini. Dia masih ada tanggungjawab dan dia tidak boleh melepaskan begitu saja. Saya memberitahu dia mengakhiri tugas sebagai Menteri MITI pada 2 Disember dan akan meneruskan kerja yang akan saya umumkan pada 3 Disember.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ini juga memberikan isyarat selain daripada penghargaan kerana saya tahu apa yang dia lakukan dalam mengembangkan jaringan perdagangan antarabangsa,” kata beliau semasa berucap pada majlis peluncuran kenderaan elektrik bateri pertama Perodua, QV-Edi sini hari ini yang turut dihadiri Tengku Zafrul.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan peranan Tengku Zafrul dalam mengemudi MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sebagai sangat membanggakan. 

“Saudara semua tahu dalam satu, dua tahun ini, saya banyak juga menjalankan tugas di luar negara, dan peranan MITI dan keluarga MITI, MIDA, MATRADE, semua di bawah pimpinan beliau sangat membanggakan dan menampakkan kejayaan baik.

Ad Banner
Ad Banner

“Jadi kita seperti biasa kalau ada ruang, orang-orang yang mempunyai prestasi seperti Tan Sri Asmat Kamaludin, (iaitu) Ketua Setiausaha MITI dahulu, dia tidak boleh lepas. Dia tidak boleh lari daripada tanggungjawab berterusan, dia tidak ada pencen, dia terus jadi (seperti) Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad,” kata Anwar.

Sementara itu, mengulas mengenai laporan bahawa China memberi amaran kepada Malaysia dan Kemboja berhubung perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), Anwar menegaskan tiada sebab untuk khuatir memandangkan Malaysia telah memberi penjelasan yang sewajarnya kepada Beijing.

“Tidak, tidak. Mereka hanya mahu penjelasan, dan kita sudah berikan.

“Saya rasa kita tidak patut menyesal. China masih merupakan pasangan perniagaan yang sangat penting. Ada beberapa penjelasan yang kita telah berikan sebenarnya,” kata Perdana Menteri.

Anwar turut menjelaskan bahawa perkara itu telah dibincangkan beliau dengan Perdana Menteri China Li Qiang.

“Sebenarnya, saya juga telah menjelaskan kepada Li Qiang bahawa tidak ada apa-apa dalam perjanjian (dengan AS) yang menghalang kita daripada terus memperkukuh kolaborasi dengan China,” kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA