BERITA TERKINI   Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dilantik Pengerusi BN Sabah - Setiausaha Agung BN Zambry | Dewan Tertinggi BN terima penyertaan semula PPP - Setiausaha Agung BN Zambry | MIC masih bersama BN, isu keluar hanya spekulasi - Setiausaha Agung BN Zambry | Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Hafizuddeain dan isteri akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL esok - SPRM | Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL pada 23 Jan - SPRM | 

Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Ekoran Bimbang Eksport Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi kebimbangan mengenai prestasi eksport yang hambar, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata peningkatan pengeluaran MSM turut memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,000 satu tan dan rintangan pada RM4,180,” katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing susut RM17 kepada RM4,060 dan RM4,091 satu tan, manakala Februari 2026 berkurangan RM20 kepada RM4,094 satu tan.

Mac 2026 dan April 2026 masing-masing susut RM18 kepada RM4,104 dan RM4,107 satu tan manakala Mei 2026 menguncup RM15 kepada RM4,105 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 51,780 lot daripada 47,327 lot pada Khamis lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 280,164 kontrak daripada 282,153 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan meningkat RM10 kepada RM4,110 satu tan daripada harga pada Khamis minggu lepas.

-- BERNAMA