BERITA TERKINI   Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dilantik Pengerusi BN Sabah - Setiausaha Agung BN Zambry | Dewan Tertinggi BN terima penyertaan semula PPP - Setiausaha Agung BN Zambry | MIC masih bersama BN, isu keluar hanya spekulasi - Setiausaha Agung BN Zambry | Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Hafizuddeain dan isteri akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL esok - SPRM | Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah KL pada 23 Jan - SPRM | 

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Karina Imran and Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama hari ini, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) susulan data ekonomi negara maju itu yang lemah memberi tekanan kepada dolar.

Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.06 peratus kepada 99.401 mata apabila Rizab Persekutuan AS dilihat cenderung untuk menurunkan Kadar Dana Persekutuan minggu depan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1275/1380 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1300/1365 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Institute for Supply Management (ISM) bagi sektor pembuatan menunjukkan sentimen perniagaan yang terus lemah pada November.

Beliau berkata indeks tersebut susut kepada 48.2 peratus pada bulan lepas berbanding anggaran konsensus 49.0 peratus.

Ad Banner
Ad Banner

“Kebanyakan responden daripada tinjauan menyatakan kebimbangan terhadap kos operasi yang meningkat berikutan tarif import yang lebih tinggi, sekali gus menggesa mereka untuk menilai semula keputusan pengambilan pekerja,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit bergerak dalam jajaran RM4.12–RM4.13 berbanding dolar AS hari ini, dengan peniaga kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Pada pembukaan, ringgit turut mencatatkan peningkatan berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan itu naik berbanding pound Britain kepada 5.4528/4667 daripada 5.4644/4730 ketika ditutup pada Isnin, mengukuh berbanding euro kepada 4.7916/8038 daripada 4.7995/8070 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.6545/6616 daripada 2.6594/6637.

Ringgit juga lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN kecuali peso Filipina, berikutan ia kekal mendatar pada 7.05/7.07.

Unit tempatan itu naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1836/1919 daripada paras 3.1880/1932 ketika ditutup pada  Isnin, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 247.6/248.4 daripada 247.8/248.3 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8868/9296 daripada 12.9026/9290 sebelumnya.

-- BERNAMA