BERITA TERKINI   JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal pada Selasa.

Pada 9.42 pagi, kontrak Disember 2025 naik 6.5 mata kepada 1,638.0, Januari 2026 menambah 8.5 mata kepada 1,642.5, dan Mac 2026 meningkat sembilan mata kepada 1,624.5, manakala Jun 2026 turut melonjak 3.5 mata kepada 1,624.0.

Jumlah dagangan berjumlah 1,826 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 39,714 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Selepas 46 minit dagangan, FBM KLCI penanda aras meningkat 6.36 mata kepada 1,630.93 berbanding paras 1,624.57 ketika ditutup pada Isnin. 

-- BERNAMA