BERITA TERKINI   Penetapan sempadan yang muktamad perkukuh kedudukan perundangan negara, tutup ruang tuntutan wilayah lebih besar masa hadapan - Arthur | Laporan media menyatakan Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur | Kerajaan sambut baik mekanisme aduan rasmi Majlis Media Malaysia urus etika kewartawanan - Fahmi | Rundingan untuk penandaan dan pengukuran di kawasan OBP antara Malaysia dan Indonesia dilaksanakan secara harmoni - Arthur | Isu sempadan: Pengukuran saintifik dilaksana berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia - Arthur | 

Unit Binastra Raih Tiga Projek LSS5 Bernilai RM171.71 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik 51 peratus Binastra Corporation Bhd, Binastra Atlantic Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian bagi pembangunan loji solar berskala besar (LSS5) bernilai RM171.71 juta daripada Maya Jaya Sdn Bhd.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata projek berkenaan terletak di Kuala Langat, Selangor dan Kuala Muda, Kedah.

“Kontrak-kontrak ini akan bermula pada 15 Dis, 2025 dan dijangka mencapai operasi komersial pada 26 Jun, 2027.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kontrak-kontrak ini dijangka menyediakan sumber pendapatan tambahan bagi kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2027 dan 2028,” katanya.

Binastra menambah, kontrak-kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan dan aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2027 dan 2028.

Syarikat itu memberitahu Projek MJ1 di Selangor melibatkan pembangunan kemudahan solar berkapasiti 29.99 megawatt arus ulang alik (MWac) bersama dengan kemudahan penyambungan loji kuasa solar 33 kilovolt (kV), sambungan gear suis 33 kV di stesen pencawang utama 132 kV di Banting serta kerja-kerja kabel bawah tanah.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Projek MJ2 di Kedah melibatkan pembangunan kemudahan solar berkapasiti 10 MWac bersama dengan kemudahan penyambungan loji kuasa solar 33 kV, sambungan gear suis 33 kV di stesen pencawang utama 132 kV di Aman Jaya serta kerja-kerja kabel bawah tanah.

Ia berkata Projek MJ3 yang juga terletak di Kedah melibatkan pembangunan kemudahan solar berkapasiti 16.55 MWac dengan kemudahan penyambungan yang serupa serta sambungan gear suis 33kV di stesen pencawang utama 132kV di Taman Intan.

-- BERNAMA