BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI komited tambah baik pemberian Persekutuan kepada semua kerajaan negeri setiap tahun, manfaat seluruh rakyat tanpa mengira negeri - PM Anwar  | Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan sepenuhnya 100 peratus kutipan cukai pelancongan kepada negeri masing-masing - PM Anwar | Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini berbanding RM10.3 bilion tahun 2025 - PM Anwar  | Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM hari ini kekalkan OPR pada 2.75 peratus | Tiga hingga empat individu akan dipanggil untuk beri kenyataan tentang dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan -- KPN | 
Ad Banner

Maxis Umum Perkhidmatan Pulih Sepenuhnya Susulan Kebakaran Menara Di Kuala Kangsar

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) memaklumkan perkhidmatannya pulih sepenuhnya bagi pelanggan yang terjejas susulan kebakaran di tapak menara telekomunikasi di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak pada 27 Dis, 2025.

Syarikat itu berkata, perkhidmatan telekomunikasi dipulihkan secara berperingkat dan pulih sepenuhnya pada 1:03 pagi, 29 Dis, 2025.

Katanya, ini merangkumi semua perkhidmatan yang dikongsi melalui pengaturan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN).

Ad Banner
Ad Banner

"Setelah mengesahkan struktur menara kekal kukuh, pasukan teknikal kami segera menggantikan peralatan radio yang rosak.

"Langkah ini memulihkan sambungan ke tapak yang terjejas serta empat tapak lain yang berhubung dengannya sekali gus menyelesaikan gangguan perkhidmatan bagi kira-kira 3,000 pelanggan di kawasan sekitar dan pengguna lebuh raya," kata Maxis.

Syarikat pengendali telekomunikasi itu memberitahu pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak berkuasa bagi menyiasat punca kebakaran berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner

Maxis juga mengambil maklum kenyataan berhubung insiden ini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 28 Dis, 2025 serta menegaskan semula komitmen syarikat untuk mengekalkan piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian yang tertinggi.

"Kami akan terus mematuhi protokol penyelenggaraan yang ketat serta menjalankan pemeriksaan teknikal secara berkala selain memastikan pemantauan berterusan terhadap infrastruktur rangkaian kami," katanya.

-- BERNAMA