BERITA TERKINI   Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan kurnia bantuan RM2,000 kepada 39 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Teluk Jawa | Kedudukan PKR berada pada tahap terbaik, terus bina kekuatan parti - Anwar | PDRM rampas dadah bernilai RM69.65 juta dalam Op Bayu 2 di Sabah - KPN | Polis tumpas sindiket dadah antarabangsa libat sitaan RM174 juta dalam Op Coleoptera di Sabah - Ketua Polis Negara | Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin dipecat dari parti itu, berkuat kuasa hari ini - Setiausaha Agung Bersatu | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi hari ini, menjejaki pasaran tunai asas yang kukuh.

Pada 9.50 pagi, kontrak bulan semerta Januari 2026 dan Februari 2026 masing-masing meningkat 4.5 mata kepada 1,716.0 dan 1,720.5 manakala Mac 2026 menambah 1.5 mata kepada 1,699.0 dan Jun 2026 meningkat 3.5 mata kepada 1,703.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,503 lot, dengan kepentingan terbuka pada 38,168 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Petunjuk pasaran FBM KLCI susut 3.16 mata kepada 1,712.44 selepas 60 minit dagangan berbanding 1,715.60 semasa ditutup pada  Khamis.

-- BERNAMA  

Ad Banner
Ad Banner