BERITA TERKINI   Tiada pakej rangsangan ekonomi buat masa ini susulan konflik di Asia Barat - Amir Hamzah | Lebih RM7 bilion disalurkan bagi membiayai lebih 11,500 PMKS dan syarikat pemula niaga sejak 2019 - Pengerusi SC | Kerajaan tambah peruntukan RM20 juta, selain RM30 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, menjadikan jumlah peruntukan MyCIF bagi tahun ini sebanyak RM50 juta - Amir Hamzah | SC, Bursa Malaysia memudah cara peralihan syarikat Ekuiti Pendanaan Awam yang mempunyai rekod kutipan dana kukuh untuk disenaraikan di Pasaran LEAP - Amir Hamzah | SC akan memudah cara pemindahan syarikat dari Pasaran LEAP ke ACE dengan memansuhkan keperluan tawaran keluar pada separuh kedua tahun ini - Amir Hamzah | 
Ad Banner

Ekonomi Negara Catat Pencapaian Baik, Malaysia Jadi Tumpuan Pelabur Asing - Fahmi

PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi negara berada pada landasan betul dengan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata ini dapat dibuktikan melalui pengumuman terkini bahawa jumlah perdagangan Malaysia pada tahun lepas melepasi paras RM3 trilion dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.9 peratus. 

“Pertumbuhan ekonomi kita melebihi daripada yang dijangkakan. Kita menjangka KDNK antara 4 dan 4.8 peratus tetapi alhamdulillah, suku keempat menunjukkan pertumbuhan yang sangat rancak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ekonomi kita bugar, segar dan bergerak dengan pantas. Justeru, bagi keseluruhan tahun, pertumbuhan ekonomi adalah 4.9 peratus, iaitu lebih daripada yang dijangkakan,” katanya dalam ucapan pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Amanat 2026 di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan jumlah perdagangan Malaysia melepasi paras RM3 trilion buat kali pertama pada 2025, mencecah RM3.06 trilion dengan peningkatan 6.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Eksport pula mengatasi import sekali gus menghasilkan lebihan dagangan RM151.8 bilion.

Eksport negara melepasi RM1 trilion untuk tahun kelima berturut-turut, meningkat 6.5 peratus kepada paras tertinggi pernah direkodkan sebanyak RM1.607 trilion manakala import berkembang 6.2 peratus kepada RM1.455 trilion.

Ad Banner
Ad Banner

Fahmi berkata prestasi negara yang baik ini adalah hasil daripada kestabilan politik dan dasar yang digarapkan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Orang luar melihat apa yang berlaku dalam negara kita adalah satu pergerakan, perubahan dan peralihan yang sangat positif. Ini hanya boleh berlaku dalam keadaan politik dan dasar yang stabil.

“Ini dua perkara yang sangat penting untuk pelabur dan mereka melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik,” katanya.

Katanya dalam tempoh tiga tahun ini, Kerajaan MADANI memberi tumpuan kepada usaha memperbetul dan menyelesaikan beberapa perkara termasuk yang tertangguh seperti pelarasan gaji penjawat awam. 

“Apabila kita melaksanakan penyasaran subsidi yang bermula dengan diesel, elektrik, ayam, telur dan akhirnya RON95, kita dapat mengurangkan pembaziran, mengelak ketirisan dan memberi kepada mereka yang memerlukannya.

“Dalam tempoh tiga bulan, kita (kerajaan) berjaya menjimatkan RM800 juta apabila RON95 disasarkan hanya untuk warganegara Malaysia. Bukan hanya rakyat terus mendapat minyak RON95 bersubsidi malah, harga minyak turun kepada RM1.99 seliter,” katanya.

-- BERNAMA