BERITA TERKINI   Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di Kuantan pagi ini - Polis | 

IJM Jelaskan Akaun Bank Dikenakan Sekatan Sementara Bagi Bantu SPRM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- IJM Corp Bhd hari ini menjelaskan sebilangan kecil akaun bank syarikat itu dikenakan sekatan sementara bagi membantu usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpulkan maklumat pada masa ini.

Dalam kenyataannya, IJM Corp berkata ini hanya membabitkan kurang daripada 10 akaun bank milik syarikat berkenaan dan tidak menjejaskan operasinya.

“Syarikat ini mahu menjelaskan bahawa langkah ini tidak menjejaskan operasi perniagaan harian IJM. Selain itu, IJM juga memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa mengikut undang-undang serta prosedur berkaitan.

Ad Banner
Ad Banner

“Kami kekal komited untuk menegakkan tahap tadbir urus, ketelusan dan integriti korporat yang kukuh,” katanya.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner