BERITA TERKINI   AirBorneo rancang lancarkan penerbangan permulaan dari Kuching ke Singapura, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada Julai - CEO Megat Ardian | Tambang penerbangan AirBorneo buat masa iniĀ tidak berubah walaupun harga bahan api global meningkat - CEO Megat Ardian | AirBorneo rancang lancarĀ operasi jet serantau dari Kuching menggunakan tiga pesawat Boeing 737-800 pada Julai - CEO Megat Ardian | 
Ad Banner

MITI, Agensi Laksana Analisis Kos-faedah Bagi ART - Johari

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama agensi di bawahnya, antaranya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).

Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pelaksanaan CBA turut dibantu MIDF Research dan akan mengambil tempoh antara enam hingga 12 bulan.

“Tumpuan khusus CBA akan diberikan kepada kesan eksport negara kepada AS yang bernilai RM233.1 bilion dan lebihan dagangan bernilai RM98.7 bilion,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai langkah kerajaan melaksanakan CBA secara terperinci sebelum menandatangani ART serta agensi manakah yang terlibat melaksanakan analisis tersebut.

Dalam pada itu, Johari berkata setakat ini, Malaysia belum lagi menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada AS mengenai garis masa untuk meratifikasi ART.

“Sehubungan itu, kerajaan sedang meneliti semula intipati ART bagi memastikan kepentingan ekonomi negara terpelihara dan mengurangkan risiko kepada perdagangan negara,” kata Johari.

Ad Banner
Ad Banner

Disebabkan tarif unilateral itu diadalah hak prerogatif AS, penamatan ART akan mewujudkan persekitaran ekonomi yang tidak menentu.

Pada 7Julai, 2025, MITI telah dimaklumkan berkaitan kemungkinan peningkatan kadar tarif timbal balas kepada 25 peratus dan pada Ogos 1, 2025, kadar tarif tersebut telah dikurangkan kepada 19 peratus pada Ogos 1, 2025 hasil siri rundingan MITI dengan AS.

-- BERNAMA