BERITA TERKINI   Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini berbanding RM10.3 bilion tahun 2025 - PM Anwar  | Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM hari ini kekalkan OPR pada 2.75 peratus | Tiga hingga empat individu akan dipanggil untuk beri kenyataan tentang dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan -- KPN | Ambil iktibar krisis di Timur Tengah, jadikan perpaduan sebagai kekuatan Malaysia - PM Anwar | Anggaran 60 peratus ahli KWSP berpotensi capai tahap simpanan asas kira-kira RM390,000 pada umur 60 tahun menjelang 2030 - Amir Hamzah | 
Ad Banner

KAF Digital Bank Lantik Suzaini Mukhtar Sebagai CEO

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- KAF Digital Bank Bhd mengumumkan pelantikan Suzaini Mukhtar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Feb, 2026.

Bank itu berkata Suzaini yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan CEO pada akhir 2025 akan mengambil alih pasukan kepimpinan pengasas apabila KAF Digital Bank memasuki fasa pertumbuhan komersial seterusnya.

"Dengan hampir 30 tahun pengalaman dalam perbankan Islam di Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu, pelantikannya menandakan peralihan strategik pada waktu bank ini mempertingkatkan penawaran digitalnya yang pertama dan patuh syariah," kata bank tersebut.

Ad Banner
Ad Banner

KAF Digital Bank berkata kepakaran Suzaini meliputi perbankan runcit, kekayaan dan korporat dengan rekod cemerlang dalam pendigitalan, inovasi produk dan rangkuman kewangan.

Sebelum menyertai bank berkenaan, Suzaini mengetuai deposit, pembayaran dan rangkuman kewangan di Bank Simpanan Nasional (BSN) selain memantau pengurusan prestasi jualan dan negeri, inisiatif rangkuman kewangan serta kiriman wang.

Beliau juga menerajui proses pengenalan dan penerimaan perbankan digital, pemasaran, inovasi produk, perubahan dan strategi perniagaan.

Ad Banner
Ad Banner

Suzaini pernah memegang jawatan kanan di Standard Chartered Saadiq, Emirates Islamic Bank di Dubai, HSBC Amanah dan Hong Leong Bank serta menerima pengiktirafan dan anugerah industri di atas kecemerlangan dalam perbankan.

-- BERNAMA