BERITA TERKINI   Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM hari ini kekalkan OPR pada 2.75 peratus | Tiga hingga empat individu akan dipanggil untuk beri kenyataan tentang dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan -- KPN | Ambil iktibar krisis di Timur Tengah, jadikan perpaduan sebagai kekuatan Malaysia - PM Anwar | Anggaran 60 peratus ahli KWSP berpotensi capai tahap simpanan asas kira-kira RM390,000 pada umur 60 tahun menjelang 2030 - Amir Hamzah | Polis telah ambil keterangan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan -- KPN | 
Ad Banner

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Bimbang Pengeluaran Meningkat

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa bulan akan datang, kata peniaga.

Peniaga Proprietari di Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata keadaan itu boleh menyebabkan paras bekalan MSM yang lebih tinggi dan seterusnya memberi tekanan terhadap harga.

Ad Banner
Ad Banner

“Kami mendapati harga MSM disokong pada paras melebihi RM4,150 satu tan manakala paras rintangan pada RM4,300 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan pada Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing susut RM20 kepada RM4,121 dan RM4,177 satu tan, April 2026 turun RM19 kepada RM4,206 satu tan.

Mei 2026 menguncup RM11 kepada RM4,214 satu tan, Jun 2026 kurang RM10 kepada RM4,204 satu tan dan Julai 2026 turun RM3 kepada RM4,196 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan susut kepada 74,745 lot daripada 74,924 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 219,182 kontrak daripada 217,779 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan turun RM20 kepada RM4,160 satu tan daripada angka semalam.

-- BERNAMA