BERITA TERKINI   AirBorneo rancang lancarkan penerbangan permulaan dari Kuching ke Singapura, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada Julai - CEO Megat Ardian | Tambang penerbangan AirBorneo buat masa iniĀ tidak berubah walaupun harga bahan api global meningkat - CEO Megat Ardian | AirBorneo rancang lancarĀ operasi jet serantau dari Kuching menggunakan tiga pesawat Boeing 737-800 pada Julai - CEO Megat Ardian | 
Ad Banner

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Menjejaki Kelemahan Pasaran Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah, menjejaki kelemahan dalam pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.

Peniaga Proprietary Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata jangkaan permintaan MSM yang lemah dalam beberapa minggu akan datang juga menjejaskan sentimen.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Kami melihat harga MSM sokongan berada di atas RM4,080 setiap tan dengan harga rintangan pada RM4,300," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2026 susut RM39 kepada RM4,082 setiap tan, Mac 2026 turun RM56 kepada RM4,121 dan April 2026 menyusut RM52 kepada RM4,154.

Kontrak Mei 2026 menyusut RM51 kepada RM4,163 setiap tan manakala kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 masing-masing merosot RM46 kepada RM4,158 dan RM4,150.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada 66,389 lot daripada 74,745 lot pada hari sebelumnya manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 219,059 kontrak daripada 219,182 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM untuk Januari Selatan turun RM30 kepada RM4,130 setiap tan.

-- BERNAMA