BERITA TERKINI   Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM hari ini kekalkan OPR pada 2.75 peratus | Tiga hingga empat individu akan dipanggil untuk beri kenyataan tentang dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan -- KPN | Ambil iktibar krisis di Timur Tengah, jadikan perpaduan sebagai kekuatan Malaysia - PM Anwar | Anggaran 60 peratus ahli KWSP berpotensi capai tahap simpanan asas kira-kira RM390,000 pada umur 60 tahun menjelang 2030 - Amir Hamzah | Polis telah ambil keterangan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan -- KPN | 
Ad Banner

Kerajaan Tafsir ART Selaras Amalan Tadbir Urus Baik, Obligasi Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kerajaan mentafsir Artikel 6.2 Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dengan melihatnya selaras dengan amalan tadbir urus yang baik, prinsip persaingan sihat dalam aktiviti komersial dan selari dengan obligasi antarabangsa Malaysia.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata semua komitmen dalam ART ditafsir serta perlu diselaraskan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, perundangan domestik dan dasar sosioekonomi nasional.

“Bagaimanapun, klausa ini tidak mengenakan larangan mutlak terhadap semua bentuk sokongan kerajaan.

Ad Banner
Ad Banner

“Bantuan kerajaan yang khusus diberikan untuk melaksanakan obligasi perkhidmatan awam. Ini termasuk keperluan pembangunan nasional, keperluan keselamatan dan sosial adalah dibenarkan memandangkan ia tidak dianggap sebagai bantuan bukan komersial yang menjejaskan persaingan secara tidak wajar,” kata MITI.

Kementerian itu berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dikeluarkan dalam laman sesawang Parlimen, hari ini.

MITI menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai bagaimana kerajaan mentafsir dan melaksanakan Klausa 6.2 ART Malaysia-AS.

Ad Banner
Ad Banner

 -- BERNAMA