BERITA TERKINI   Tiada pakej rangsangan ekonomi buat masa ini susulan konflik di Asia Barat - Amir Hamzah | Lebih RM7 bilion disalurkan bagi membiayai lebih 11,500 PMKS dan syarikat pemula niaga sejak 2019 - Pengerusi SC | Kerajaan tambah peruntukan RM20 juta, selain RM30 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, menjadikan jumlah peruntukan MyCIF bagi tahun ini sebanyak RM50 juta - Amir Hamzah | SC, Bursa Malaysia memudah cara peralihan syarikat Ekuiti Pendanaan Awam yang mempunyai rekod kutipan dana kukuh untuk disenaraikan di Pasaran LEAP - Amir Hamzah | SC akan memudah cara pemindahan syarikat dari Pasaran LEAP ke ACE dengan memansuhkan keperluan tawaran keluar pada separuh kedua tahun ini - Amir Hamzah | 
Ad Banner

Kerajaan Fokus RMK-13 Pada Pelaksanaan Mekanisme Lebih Efektif - Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan menegaskan bahawa tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kini beralih daripada sekadar menetapkan sasaran pertumbuhan kepada pelaksanaan mekanisme yang lebih efektif.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata langkah ini bagi memastikan setiap dasar ekonomi yang dijalankan tidak menjadi bersifat 'kaunter-produktif' atau memudaratkan kesejahteraan rakyat dalam jangka masa panjang.

“Maka sebab itu RMK-13 memang kita tumpukan kepada soal pelaksanaan supaya dasar ataupun dasar yang kerajaan guna pakai ini akan mengisi kelopongan dan juga memastikan dari segi tahap yang disebut sebagai "menaikkan lantai" itu juga kita pelihara dengan sebaik mungkin,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai usaha kerajaan dalam 'menaikkan lantai' atau meningkatkan pendapatan rakyat, sama ada pekerja mahupun peniaga, bagi memperkukuh kuasa beli mereka.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mengenai komitmen kerajaan memajukan ekonomi rakyat dan Pantai Timur, Akmal Nasrullah berkata kerajaan akan memastikan pembangunan infrastruktur lebih seimbang antara Pantai Timur dan Pantai Barat melalui pengukuhan logistik, mobiliti rakyat, dan akses utiliti.

Katanya, pelaksanaan projek infrastruktur strategik seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menjadi pemangkin pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran tersebut, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan logistik dan memacu pertumbuhan industri di wilayah Pantai Timur.

Ad Banner
Ad Banner

“Penekanan turut diberikan kepada pengukuhan rantaian bekalan makanan, termasuk melalui pengoperasian Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP), Pembangunan Ladang Nanas Bersepadu Rompin (RIPP) dan Lembah Tenusu Jemaluang di Mersing.

“Selain itu, tarikan pelancongan baharu diwujudkan melalui pembangunan projek seperti Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Santuari Penyu Cherating, dan Pantai Geting. Kerajaan turut komited memastikan kemajuan ekonomi rakyat dan negeri Pantai Timur terus dipertingkat bagi mencapai pertumbuhan yang inklusif dan seimbang,” katanya.

-- BERNAMA