BERITA TERKINI   Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM hari ini kekalkan OPR pada 2.75 peratus | Tiga hingga empat individu akan dipanggil untuk beri kenyataan tentang dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan -- KPN | Ambil iktibar krisis di Timur Tengah, jadikan perpaduan sebagai kekuatan Malaysia - PM Anwar | Anggaran 60 peratus ahli KWSP berpotensi capai tahap simpanan asas kira-kira RM390,000 pada umur 60 tahun menjelang 2030 - Amir Hamzah | Polis telah ambil keterangan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan jatuhkan kerajaan -- KPN | 
Ad Banner

Ringgit Melonjak Cecah 3.89 Berbanding Dolar AS, Hampir Tertinggi Dalam Lapan Tahun

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila melonjak ke paras tertinggi baharu 3.8995 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis yang menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Kali terakhir ringgit mencecah paras itu adalah pada 23 April, 2018, apabila mencecah 3.8965/8995 berbanding dolar AS.

Ad Banner
Ad Banner

Setakat 6 petang ini, ringgit mengukuh pada 3.8995/9060 berbanding dolar AS daripada 3.9110/9170, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang negara pesat membangun, termasuk ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS walaupun data penting AS yang diumumkan semalam, termasuk Penggajian Bukan Perladangan mencatat angka lebih tinggi daripada jangkaan awal.

Beliau berkata data berkaitan ekonomi Malaysia seperti Indeks Pengeluaran Perindustrian, Indeks Perkhidmatan, kerja pembinaan yang telah siap, pengeluaran minyak sawit mentah dan kadar pengangguran menunjukkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 berkemungkinan mengatasi angka 5.2 peratus pada suku ketiga 2025.

Ad Banner
Ad Banner

“Anggaran awal menunjukkan KDNK suku keempat 2025 dianggarkan pada 5.7 peratus. Ada kemungkinan data sebenar menunjukkan angka lebih tinggi esok,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan meningkat berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.5499/5543 daripada 2.5527/5566, mengukuh berbanding euro kepada 4.6346/6423 daripada 4.6611/6683 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3220/3309 daripada 5.3561/3643 semalam.

Prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit diniagakan mengukuh kepada 231.7//232.2 daripada 233.0/233.4 semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0931/0985 daripada 3.0990/1040 sebelumnya.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 12.5998/6273 daripada 12.5808/6062 semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.71/6.72.

-- BERNAMA