BERITA TERKINI   AirBorneo rancang lancarkan penerbangan permulaan dari Kuching ke Singapura, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada Julai - CEO Megat Ardian | Tambang penerbangan AirBorneo buat masa ini tidak berubah walaupun harga bahan api global meningkat - CEO Megat Ardian | AirBorneo rancang lancar operasi jet serantau dari Kuching menggunakan tiga pesawat Boeing 737-800 pada Julai - CEO Megat Ardian | Anak syarikat Aneka Jaringan peroleh kontrak Projek Sambungan Lebuhraya Pantai Baharu daripada IJM Construction bernilai RM82.8 juta | 
Ad Banner

Iskandar Waterfront City Jual Tanah Di Johor Pada Harga RM71.55 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Anak syarikat Iskandar Waterfront City Bhd (IWCity), Bayou Bay Development Sdn Bhd  telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat untuk melupuskan tanah pajakan seluas 6.64 hektar di Johor kepada WB Southern Sdn Bhd pada harga RM71.55 juta.

IWCity melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata cadangan pelupusan itu dijangka selesai menjelang suku ketiga 2026.

Tanah itu, yang terletak di Plentong, Johor Bahru, dipegang atas dasar pegangan pajakan, yang akan tamat pada 2097.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Memandangkan baki tempoh pajakan semakin pendek, adalah dijangkakan nilai pasaran tanah itu akan menurun secara beransur-ansur, mencerminkan tempoh pegangan pajakan yang semakin berkurangan, melainkan tempoh pajakan diperbaharui.

“Cadangan pelupusan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan untuk mengoptimumkan portfolio aset dan struktur modalnya, sejajar dengan strategi mereka bagi mengukuhkan daya tahan kewangan, meningkatkan kecairan selain menggunakan semula modal ke dalam pembangunan dan peluang pelaburan yang menyokong pertumbuhan jangka panjang,” kata IWCity.

Pelupusan itu akan membolehkan kumpulan menggunakan hasilnya untuk diselaraskan dengan strategi bagi membiayai pelaburan projek baharu dan mengukuhkan kedudukan kewangan operasi perniagaan sedia ada.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA