BERITA TERKINI   AirBorneo rancang lancarkan penerbangan permulaan dari Kuching ke Singapura, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada Julai - CEO Megat Ardian | Tambang penerbangan AirBorneo buat masa ini tidak berubah walaupun harga bahan api global meningkat - CEO Megat Ardian | AirBorneo rancang lancar operasi jet serantau dari Kuching menggunakan tiga pesawat Boeing 737-800 pada Julai - CEO Megat Ardian | Anak syarikat Aneka Jaringan peroleh kontrak Projek Sambungan Lebuhraya Pantai Baharu daripada IJM Construction bernilai RM82.8 juta | 
Ad Banner

Bursa Malaysia, UNDP Akan Bangunkan Buku Panduan Pekerjaan Inklusif Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) memeterai perkongsian strategik untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan memajukan pembangunan inklusif serta mampan di Malaysia bagi kumpulan rentan.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Bursa Malaysia dan UNDP berkata perkongsian itu akan melibatkan kedua-dua pihak dalam tiga bidang strategik: menggalakkan pekerjaan inklusif, memperkasa pelabur dan memperkukuh ekosistem pasaran, serta mengembangkan literasi kewangan bagi komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.

“Pada 2026, perkongsian ini akan menumpukan kepada memperkukuh pekerjaan inklusif untuk OKU sebagai keutamaan teras kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman (DEI), mencerminkan komitmen bersama untuk menangani halangan dan keperluan pendekatan terselaras merentas amalan korporat, reka bentuk dasar dan pembangunan tenaga kerja," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kedua-dua pihak berkata perkongsian itu akan menerajui pembangunan Buku Panduan Pekerjaan Inklusif (MINE) Malaysia yang bertujuan melengkapkan syarikat dengan strategi praktikal, cadangan berasaskan bukti dan rangka kerja yang boleh diambil tindakan bagi membina tempat kerja inklusif.

Direka sebagai rujukan asas untuk korporat, terutamanya syarikat senaraian awam (PLC), buku panduan ini bertujuan menyokong penerapan amalan pekerjaan inklusif secara jangka panjang dan menyeluruh sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju DEI dan kemampanan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Fad’l Mohamed berkata kerjasama dengan UNDP mencerminkan komitmen bursa untuk membina pasaran modal yang bukan sahaja menghubungkan modal dengan syarikat, tetapi juga menghubungkan peluang kepada rakyat.

Ad Banner
Ad Banner

“Melalui perkongsian ini, pembangunan Buku Panduan MINE merupakan langkah penting dalam membina pasaran yang memacu impak sosial dan memperluas penyertaan ekonomi.

“Ia akan menyediakan organisasi dengan rangka kerja yang praktikal yang boleh diterima untuk menerapkan pekerjaan inklusif dengan cara yang berstruktur dan mampan,” tambah beliau.

-- BERNAMA