BERITA TERKINI   AirBorneo rancang lancarkan penerbangan permulaan dari Kuching ke Singapura, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada Julai - CEO Megat Ardian | 
Ad Banner

Suruhanjaya Tenaga Umum Pembida Berjaya Bagi Program NewGen25

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bidaan bagi program tender NewGen25 telah dimuktamadkan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

Dalam kenyataan hari ini, ST menjelaskan pihaknya telah melancarkan program tender NewGen25 pada Mei 2025, yang merupakan bidaan kompetitif pertama bagi loji jana kuasa terma sejak 2012.

Pembida yang berjaya bagi Projek Kategori 1 meliputi Prai Power Sdn Bhd bagi kapasiti 350 megawatt (MW); GB3 Sdn Bhd (429 MW); Segari Energy Ventures Sdn Bhd (1,303 MW); dan Stesen Janakuasa Gelugor (310 MW).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pembida lain yang berjaya ialah Stesen Janakuasa Putrajaya (249MW), Stesen Janakuasa Tuanku Ja’afar (PD1) (703MW), Panglima Power Sdn Bhd (700MW), Kuala Langat Power Sdn Bhd (675MW), and Pengerang Power Sdn Bhd - kapasiti tambahan (150MW), tambahnya.

ST memaklumkan bagi Projek Kategori 2, pembida yang berjaya ialah konsortium TNB Power Generation Sdn Bhd dan Aurora Power Generation Sdn Bhd bagi loji jana kuasa gabungan kitaran baharu 1,400MW di Paka, Terengganu.

Surat pemberitahuan mengenai terma teknikal dan komersial telah dikeluarkan kepada semua pembida yang berjaya.

Ad Banner
Ad Banner

“ST ingin merakamkan penghargaan kepada semua peserta NewGen25 atas komitmen dan minat terhadap program ini,” katanya.

-- BERNAMA